Program “Internet? Use It Right!!” Siri 2 Bersama Pusat Kokurikulum Uitm Shah Alam

29 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27-28 Februari & 1Mac 2019, telah diadakan Program “Internet? Use It Right! Siri 2 Bersama Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam” dan telah diadakan di Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam. Selama 3 hari program dijalankan telah berjaya menarik seramai 180 orang pelajar UiTM untuk menyertainya. Program telah dijalankan bermula pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah suai kenal staff Pusat Internet bersama pelajar UiTM Shah Alam, Pengenalan mengenai Pusat Internet, Penerangan kempen MCMC seperti Klik Dengan Bijak, Mobile eWaste, Check Your Label & Portal Sebenarnya.my. Selain itu kuiz atas talian Kahoot telah dijalankan bagi menarik perhatian pelajar untuk mengikuti keseluruhan taklimat kempen. Penghasilan video bertemakan “Tidak Pasti Jangan Kongsi” turut diadakan dan dapat mencungkil bakat-bakat pelajar untuk menyunting dan menghasilkan video yang berkualiti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali